Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

kali pertama akuuu....

ingat tak ari tu aku ada ckp nak gi kelas penyusuan susu ibu.. jadinya sabtu lepas aku menghadirkan diri bersama en.zaim..aku pastikan yg aku tidak ketinggalan dtg kelas ni sbb last week kan kitorg ada emergency kena blk kpg rabu mlm kerana adik iparku meninggal dunia..jumaat pagi kami dh bertolak pulang semula ke KL gara² nak gi kelas ni la ;) klu ikutkan hati mmg lah nak stay lg kat kpg tapi sbb dah byrkan..so kenalah commit..sorry to family di KB yer..nnt kami balik lagi :-D

mmg kali pertamalah..walaupun dah beranak tiga..anak yg ketiga ni baru aku merasakan pengalaman fully bf
..alangkah lainnya feelingnya iteww..kalaulah masa boleh diputarkan semula sdh tentunya saya ingin mengfullybfkan (haa amek ko) kedua² anak saya tu..tp apa boleh buat dek krn kurangnya ilmu saya x mempedulikan kepentingan penyusuan ibu..sdhla tuu kiahh oii ko nangih air mata darah pon dh x berguna lagi..jdkan pengajaran atas kesilapan lalu..nak emo² plak dia di sini :p

oleh kerana itu..buat julung² kali nye..saya pergi kelas ni..jom nengok gamba² yg sempat diambil sana sini..


ni doktor yg didtgkan khas dari Kelantan..Dr. Syed (x ingat nama penuhlah sbbnya nota² akak abih tertinggal kat kedai ni..en.zaim ler ni x amek huhu) sebagai speaker yg pertama..menceritakan kebaikan susu ibu..sampai dia kata..klu kat spital tu diorg doktor² lelaki ni rasa mcm nak tolong perahkan jer susu ibu² yg dok kata x cukup susu tu hahaha..

begitu kusyuk si debot ni mendengar ceramah...ye laa kejap jer pon pastu mulalah meragamnya..biasalah kan bdk² ni..


inilah dia Pn. Farah Farhan lactation counselor (LC) yg pemes iteww..;) muda lg orgnya tapi dh berjaya bukak bisnes besar eh..bestnyee;-) byk yg akak belajar dlm kelas ni..rasa mcm x puas..nak jemput farah dtg wat talk kat opis plak laaa..boleh yerrr..:)

ini plak suami farah en. saiful..topik pembentangannya ialah peranan suami..ye lah haruslah suami memainkan peranan yg penting utk menjayakan penyusuan susu ibu tu kan..kebanyakan yg diutarakannya byk yg en.zaim buat..bab² tlg isteri uruskan kerja² rmh tu laa..x dinafikan en. zaim rajin tlg aku..esp bab² kemas rmh dan uruskan kain baju ni..alhamdulillah..tapi bab yg soh handlekan EBM tu dia x dpt buat katanya..sbb dia selalu blk lewat payah sket x paham label² tu semua...alaa alasann tuu..huhu..xpelah yg tu dimaafkan lg pun ebm aku bknnya byk sgt pon..

antara peserta yg hadir..si baju merah tersenyum simpul tu en.zaim ku yg byk plak loya buruk dia ketika sessi bersama farah tu kannn ;-) dgn penyusuan ibu ni boleh menjimatkan wang dan tukar sport rim katanyaaa..lelaki ni ingat kat keta jer tauuu :p

separuh lg peserta..x muat skrin nak amek gamba semua..al maklum kamera kecik jer huhu..ternyataa akaklah org yg paling otai di situ rasanyer..tp ilmu BF plg cetek kot hukk..

selesai kelas dlm tghari tu..ada bday party rupenye..dianjurkan oleh tuan punya kedai Pn. Sharifah Nur adik kepada Dr. Syed tadi..pastu kami dijemput mkn² kat bwh kedai tu..sedap makanan tu semua..lupa nak amek gamba..

berposing dulu bersama si debot mamy yg agak kemerahan ari tu..allergy terbaru dia..mamy xleh mkn IKAN BILIS owaaa..sgt peberet mamy tu..xpelah demi anak terchenta..kenalah berkorban..sob..sobb..

sebelum pulangg bergambar dgn bos sarakids ni ;-) hopefully kita bertemu lagi di sesi akan dtg..mmg teruja berckp psl BF ni..sampai esok pon x abis..nnt klu ada kelas lain akan ku warwarkan di sini terutama utk kwn² seangkatan dgn lbh tepat lagi yg seusia dgn ku ni laaa..yg baru ada kesedaran nak BF kan baby masing² kan ;-)


Wednesday, January 12, 2011

sukaaa..sukaa..sukaanyerrrr ;-)

semalam sempat gak lah aku berblogwalking org kata tuu..jln punya jln terjumpalah aku ngan satu website yg sesuwaii ngan title aku skrg ni..aper lagi website ibu² yg menyusukan anak laaa...aku jumpa sususihat.com ni..dgn rasa teruja terus saja aku mendownload ebook yg free tu bertajuk "5 Misteri Susu Ibu Terbongkar" wahh haruss teruja kann..mmg informatif cara mommy lyna tulis ni..senang paham..bila dah dload yg free tu...kuarlah plak bonus² yg dia bagi pada sesiapa yg berminat..

bonus² itu bertajuk Panduan Lengkap Susu Ibu, Teknik Mengharungi Ibu & Mertua Yg Bencikan Breastfeeding (yg ni plg aku suka sbb kena kat diri sendiri huhu) dan Mengenal Jaundis Susu Ibu. aku apa lagi bila tgk jer tajuk² tuu haruslah keterujaan semakin melampauu tinggi..aku pon mengambil keputusan utk membeli sahaja ebook yg berharga rm27 tu..apalah sgt nilainya dgn wang nak dibandingkan dgn ilmu yg kita dptkan..x gituu..

dan aku nak syorkan pada kengkawan yg bakal melahirkan anak, ibu² yg masih menyusukan bayi meh ler baca ebook ni..pelaburan jangka pjg..aku promote ni bkn dpt komisyen pon..hanya mengambil konsep "sharing is caring" giteww ;)

teringat kisah smlm pabila seorg teman yg ebfkan baby dia gak, mengadu padaku pabila ada srg kwn dia yg x paham konsep bf ni..dah ler x paham boleh plak dia kata susu ibu ni x berkhasiat dan susu basi! aisshhh kesian tol kwn dia tu laaa..begitu cetek sungguh ilmunya..apakata soh dia baca ebook ni..barulah dia tau hendaknya yerr...sapa² yg berminat blehlah klik SINI


mesti krg pelik napa lak bergambar ngan dokumen² tersusun indah tu..haa klu nak tau port baru akak berprojek dlm bilik stor simpan file..nnt² lah aku wat n3 psl ni..agak sadis jugaa huhu..sajalah nak tayangg hasil rezeki kul 10 tadi hehe..9oz sekali pam uolls :p rekod plg byk buat masa ni..selalu aku kan, time byk je dia tunjuk time skett harammm nak tunjuk hahaha..biasalah nak kasik galakan buat ibu² lain kononnyaaa :p tgh berusaha keras utk dptkan stok 20oz hasil pam di opis sahaja..diulang di ofis eh bkn campur² yg kat rmh tu..mmg ler bleh dpt klu rajin..;) doa²kan akak eh..

lagi satu nak share..smlm aku telah berjaya mendaftarkan diri utk menghadiri kelas penyusuan yg akan dikendalikan oleh kaunselor laktasi terkenal Farah Farhan Sarakids tu..aku telah berjaya memujuk syahdu en.zaim utk join skali kelas ni..memula biasalah musti dia x berapa berminat siap lawak² ckp nak wat pe pegi..kan mommy dah terror..apa nak tunjuk demo cara² nak mengepam ker..eee..sabo je la tauu..so sapa² yg berminat jom lah kita pegi sabtu ni..rasanya masih bleh reg. lagi..try la emel tanya..bleh klik SINI

Wednesday, December 29, 2010

30 Days Quest : Day 29- In this past month, what have you learned.

beberapa bulan lepas..aku byk belajar erti kesabaran...bermula dgn lahirnya debotku pada Julai lps..sehinggalah hari ini..

setelah 6 thn tidak beranak..dan kini dpt baby baruuu..sgt2 menguji kesabaran sebenarnyer..si debot yg bkn sahaja mulutnya bising, malahan diri yg x reti dok diam...mmg sgt2 mencabar..di samping dgn cabaran menyusukannya bila mana aku terpaksa menjaga pemakanan..sekiranya tak..mulalah merah2 allergi seluruh badan..

semua ni menuntut kesabaran yg tinggi...berkat kesabaran sahajalah cita2 utk menyusukan si debot akan berjaya..insyaAllah ;-)

Tuesday, December 21, 2010

30 Days Quest : Day 21- A picture of something that makes you happy.

semenjak dua menjak ni..mmg gambar seperti inilah yg menggumbirakan hati sayaaa..

ngehngehngehh...ape lagi kann..stok susuu laaa..walaupun stok susu hanya mampu bertahan utk seminggu saja..tapi melihat susunan botol2 ni (setiap baris ada 5 bj botol utk bekalan sehari..dlm gamba ni ada dlm 30 bj sajork) boleh membuatkan hati rasa berbunga2..dan merasa sgt teruja utk mengepam dgn lebih gigih lagi..

eh tetiba berdebar bila memikirkan klu aku kena gi kursus brg seminggu dua outstation fuhhh..mau terlondeh cik B dok wat power pumping nnt haha :-p

Monday, December 13, 2010

teruja kejap

biasalah rutin ibu yg dok memberikan anak susu cap gantung ni..kat opis haruslah mengepam yer kwn²..selalu aku akan pam 3x sehari..pagi, tghari & ptg sebelum blk keje..

pagi tadi mcm terbanyak plak hasil tenusu yg dikeluarkan..cuba tgk gamba di bwh ;) yoyoor jer sibuk soh org tgk susu dia :p


haa ni kan almost 8.5oz..satu pencapaian tu..sbb selama ni takat 8oz jer plg byk..wpun hanya lebih 1/2 oz akak ttp berbangga ok..sbb bkn senang deknon oii hatta 1 oz sekalipun utk dikuarkan..x caya gi tanya ibu² yg dok mengepam tu..perasaan tgk hasil tenusu camne..priceless kann...spt biasalah hasil sebelah kanan lebih byk dr yg kiri..;-)

dlm aku dok teruja² ni..dpt plak msg mengatakan ibu kwn baik aku masa sekolah -Ain telah kembali ke rahmatullah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak Ain..Al Fatihah..

rasanye nak gi melawat Ain lunch hour krg..

Tuesday, November 30, 2010

cabaran ohh cabaran

sekali lagi nak cerita tentang perjalanan penyusuan secara eksklusif utk anak ketigaku si debot Anees Marissa..terus terang aku katakan..aku mendapat semangat dan kekuatan mental utk menyusukan anakku kali ini apabila membaca blog2 dan websites mengenai breastfeeding ini..aku sgt kagum dgn semangat ibu2 muda skrg ni..kebanyakan yg komited utk ebf baby mereka berusia 20an..aku yg dh 30 karatz ni barulah dpt kesedaran...

betulll..nak menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif memangg memerlukan sokongan yg x berbelah bagi daripada suami dan keluarga terdekat..mcm kes aku ni..alhamdulillah..suami mengikut sahaja apabila aku menyuarakan isi hati utk menyusukan anees klu boleh sampai 2 tahun..apabila aku meminta en.zaim membelikan pam elektrik spectra3 (berdasarkan rekomen dari kengkawan saya memilih utk menggunakan pam ini) beliau terus bersetuju dan kami pon terus gi butik fabulous mom kat puchong tu..senang sket shoping nampak brg2nyer..wpun aku dok shop online dlm pantang ari tu..ada jer parcel poslaju yg singgah ke rmh ;-) terima kasih tak terhingga wahai suamiku cayanggg :-p

lagi satu cabaran plak bila org tuaku yg kerap mengatakan susu kita ni x cukup utk baby..mesti kena top up dgn formula..emm..saat ni lah agak menyedihkan..yer laa..klu nak argue lebih2 mereka lebih mkn garam..anak pon ramai..mcm kita ni aper lah sgt kan..nak tak nak aku turutkan juga asakan cikton yg menyuruh en.zaim belikan susu formula..dlm kerterpaksaan aku bagi jugak anees susu tu..abis gak la dlm setin dua..ohh sgt kesal kerana tidak tegas dlm hal ini..
:-(

tetapii..aku seperti mendapat kekuatan semula apabila dah tamat waktu pantang..aku mencari2 petua membanyakkan susu dalam internet..dlm hati berdetik..kenapalah aku x carik semua info masa mengandung lagii..ntahlah aku pon x tau..mungkin kerana aku tidak menjangkakan kehamilan itu dan tidak terasa teruja pon..masa tu laaa..skrg aku lak yg over :-p bila dah google2 info tu..barulah ku tahu mcm mana nak pam, buat ebm dgn betul..cara bekalkan kpd bbs..dan mcm2 info baru yg aku jumpa..barulah aku jadi excited dan tu lah terus mintak en.zaim belikan pam..pelaburan jangka pjg katanya..

terkini..cabaran yang palinggg hebat aku rasakan ialah pabila anakku ini disahkan doktor mengidap ekzema..masalah kulit yg disebabkan darah..ia penyakit keturunan..aku tak nafikan itu kerana aku sendiri akan alergik apabila memakan makanan yg tidak lagi fresh..mulalah bengkak2 muka dan gatal2 kulit..itulah yg berlaku pada simanjaku itu bila aku makan ayam, daging dan makanan2 laut yg lain..ohh sadisnyaa bila mengenangkan yg aku terpaksa melawan nafsu daripada memakan menda2 tu semua..tapi demi anak tercinta aku sanggup...tak sanggup pula aku lihat badan dan wajahnya yg menjadi merah2 bila aku tersalah mkn..kesian sungguhhh kulihatnyaa..tapi kadang2 terbabas jugak mkn tu..cabaran plg berat aku rasalah hukk :-( dan aku rasa inilah salah satu yg menyebabkan penyusuan eksklusif tidak dpt dijayakan sekiranya si ibu tidak kuat mental dan fizikalnya..setuju takkk...??


Friday, November 26, 2010

perlukah supplemen?

bukankah saya telah berjanji utk berkongsi info tentang vitamin/supplements apakah yg saya ambil sepanjang penyusuan secara eksklusif ini..sebelum tu saya nak tanya..adakah anda rasa perlukah kita mengambil makanan tambahan seperti vitamin2 untuk meningkatkan tahap kesihatan kita? kepada yg tidak mengambil supplements..adakah anda yakin dgn pemakanan anda semuanya berkhasiat dan seimbang menepati diet yg ditetapkan dalam piramid makanan?

ohh saya bukanlah pakar nutrisi utk menentukan makanan aper yg patut diambil tapi oleh kerana saya menyusukan anak secara eksklusif..saya telah menggoogle (bleh ke pakai perkataan ni :p) petua2 utk menambahkan susu badan..

google punya google saya pon berjumpalah dgn satu blog ni yg menceritakan bagaimana pengalaman beliau menyusukan anak pertama dan dibantu dengan supplements daripada Shaklee..

dari situlah saya mula mencari info tentang produk ni..byk juga blog2 yg saya baca mengesyorkan Set B (breastfeeding set) + Energizing Soy Protein (ESP) utk menambahkan kualiti & kuantiti susu kita..jadi di sini saya akan tunjukkan vitamin/supplements yg saya ambil selama dua bulan ini..

yang pertama sekali..saya mengambil Energizing Soy Protein..(ESP) rasanya pon not bad..saya suka bancuh suam dan campur dgn vico 3 in 1..fuhh sodapp..antara kelebihan esp ini ialah

Membina dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim

Diperlukan oleh mereka yang sentiasa sibuk dan merasa letih, kanak2 yang sedang membesar, wanita mengandung dan ibu2 yang menyusukan anaknya.

Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sudah tentu membantu pertumbuhannya.

Kita dinasihatkan agar mengurangkan lemak dalam makanan harian kita. Tetapi sumber protein biasa kita adalah dari sumber seperti daging, susu dan keju yang mengandungi lemak yang tinggi. Jadi makanan tambahan protein yang elok yang tidak mengandungi lemak.


Protein juga adalah kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan penyakit.


ini pula Set B yg terdiri daripada Alfafa Complex (yg bertindak sbg milk booster), B Complex (sbg agen penenang..nak bfkan baby harus tenang dan tidak tensi yer puan2;-)), Vita C (meningkatkan antibodi susu ibu), Vita Lea (sumber zat besi yg amat2 diperlukan oleh ibu yg menyusukan maklumlah kita akan kehilangan zat besi setelah 6 bulan menyusukan) Set B ni ada trial pack utk sebulan..hanya berharga RM80 sahaja..

saya mendapat semua info ini dan mengambil keputusan untuk membelinya daripada Mommy Icha ni.. dan alhamdulillah setelah dua bulan lebih mengambilnya mmg nampak kesannya..susu semakin lama semakin meningkat begitu juga dengan kualitinya..

selain daripada Shaklee..saya juga masih mengamalkan pemakanan jamu..saya pilih Jamu Mak Dara..menghabiskan stok jamu masa dlm pantang ari tu ;-) saya makan jamu ni selang sehari sahaja..

untuk memastikan saya mengambil supplemen di ofis, saya telah mskkan vitamin2 tadi ke dlm bekas vit ni..tgk santek jer tersusun kan..;-) susunan ikut arah jam alfafa, vita c, b complex, vita lea dan jamu mak dara.

cuba lihat perbezaan susu saya ni..yg sebelah kiri tu apabila saya telah mengambil supplemen dan yg kanan tu belum lagi..mmg bila dah mkn shaklee ni saya rasa kualiti susu meningkat..lebih pekat dan lemak berkrim rasanyer berbanding sebelum ni..saya mmg pernah rasa susu ni ..ye la sbb nak kasi kat baby kan..mestilah nak tau ape rasanye..rasanye mmg lebih manis..manis semulajadi tauuu ;-)

ini jer la stok ebm saya..yer2 saya tau jauh lebih sikit drp ibu2 ebf lain sob sob sedih..pada hari khamis..ebm saya hanya tinggal 16 botol iaitu 56oz saja tapi saya tetap berbangga sbb setelah susah payah dpt jugak saya kumpul utk seminggu nye stok ;-) tapi yg dlm gambar ni tinggal stok utk 3 ari jer laa..

nampak x dua bekas di sebelah kiri tu..itulah homemade puree yg saya buat sendiri utk dicampurkan dengan bubur nasik..yer saya memasak setiap pagi ok ;) ehemm anak saya baru 4 bln lebih tapi sudah diberi mkn? yer nak wat camne..lain bdk lain keperluannya..mmg klu boleh nak tunggu 6 bln..tapi disebabkan dia menangis x berhenti2 sehingga memeningkan babysitter saya..saya ambil keputusan utk intro dia solid food.. buat puree nasi dicampur dengan ebm saya sket..fuhh lajuu jer dia makan..terus tersenyum riang ria bak gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suka ati hehehe..

di lain n3 saya akan kongsikan pulak resepi puree yg saya dpt di beberapa blog kegemaran saya kini..;-)

inilah dia budak debot yg kuat mkn dan kuat menyusu ni..masa gi injek 4 bln ari tu berat dia dah 7kg..nnt 5 bln x tau lah brp kg lak..kita tungguu je lah..yg pasti semakin hari saya semakin bersemangat utk mengepam menambahkan stok ebm ku iteww dan terima kasih kepada Shaklee! (fyi saya bkn pengedar shaklee tau hanya pengguna sajorkk..sharing is caring kann ;-))

Thursday, November 25, 2010

projek harian

wahhh..tajukk mcm yoyoor jer kan..apekah yg diprojekkan iteww..emm..semenjak akak dah bekerja selama 2 bln nih..projek pengepaman lah yg asyik berlangsung saban hari di opis akak ni aaa..;-) sejak aku membuat keputusan utk ebf kan baby ketiga ni...ia merupakan komitmen terbesar rasanyer..ye laa..bkn mudahkan nak cekalkan diri..tetapkan pendirian xmo kasik susu formula selagi susu di badan ni ada..teringat pengalaman dua org anak sebelum ni..akibat termakan dan terpercaya mitos² yg aku ada tulis dulu tu..jadinya plg lama pon bf kan baby takat 5 bulan jer..sgt sadis rasanyer..betapa mommy mereka ini kekurangan ilmu..maafkan mamy anak²ku..:(

ari ni saja ler nak tunjuk hasil tenusu yg dh dikeluarkan pagi tadi pada jam lbh krg kul 9.30 pagi..selalunya aku akan pam 3x di ofis..pagi, tghari & petang..masa memula msk keje dulu 4x..tapi mcm x best la plak..kang bos tgk asik xde kat tpt jer..padahal mmg ler bos² kat sini baik² belaka tapi tahap keseganan tetap ada :-p

haa..yg ni hasilnye tadii..dpt ler dlm 8oz..saya menggunakan pam spectra double pumping..memangg sgt mudahh dan menjimatkan masa..saya nak cadangkan pada ibu² yg ngandung skrg ni dan ingin ebf kan baby anda..buatlah double pumping..x kisah ler mana² jenama pam yg anda pilih..anda akan rasa kehebatannya nnt ;-)

ini lak stok susu di ofis hingga petang dua hari yg lepas..smlm nye x dpt amek sbb semlm akak kena gi dgr ceramah utk mencukupkan kursus 7 ari sethn di jln duta nunn huhu..jadinya cuba kira² stok yg ada tu brp oz kesemuanya..rasanye dpt lah 16oz gitu..(tgh cuba utk dptkan 20oz di ofis) skrg ni my baby bam² minum satu botol = 3.5oz dan dia bleh abiskan dlm 4-5 botol sehari jadinya max susu diperlukan dlm sehari ditinggalkan kat babysitter ialah 17.5oz. klu ikutkan stok kat opis ni kena ada tambahan dlm 1.5oz sajork..malam saya akan mengepam lg sekali..bleh ler dpt 4-5oz sekali pam..tapi lately ni kan kenapakah mata sgt mengantuk bila jam dah kul 10..kdg² terskip gak x pam..aisshh..jgn diikut cara begini..kita hendaklah konsisten mengepam yer puan²..sepatut²nya 6x sehari..tp to be frank..mmg aku x penah dpt wat 6x..skrg takat 4x jer..sob sob..sedihnyer:(

skrg saya sgt berharap agar stok susu akan bertambah dr sehari ke sehari..sbbnya kan..stok ebm saya hanyalah utk seminggu sajaa..lagi satu sadis..sbb baru menterhegehkan diri membuat stok masa lg 2 mggu nak msk keje..blehhhh..isshh..nasib baik ler syukur..dgn stok yg diibaratkan kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg tu selama bekerja dah 2 bln ni..blom lg lah susu x cukup..dan saya masih boleh bertahan drp memberikan si debot itu susu formula..alhamdulillah..berkat doa ibu yg menyusukan..

di lain waktu..terasa nak kongsikan supplement apa yg saya amek sepanjang penyusuan ibu ni..
selain daripada kerap pam dan doa secara istiqamah..saya mmg percaya pada supplement yg dpt meningkatkan kualiti dan kuantiti susu kita tu..hasilnya telah saya perolehi..insyaAllah bila rajin saya share²kan kat sini eh ;-)

eh..ehh..terlupa plak nak kasi tau..lps dah ada stok ebm tu..apa yg saya lakukan plak utk bwk blk ke rmh..

kita haruslah letakkan stok ebm tu lihat gambar di atas siap atas botol tu ada no kann..haa itu ikut sususan waktu dan tarikh kita mengepam tu laa..maknanya yg no 2 tu akan digunakan dahulu..kena wat label yer puan² bg memudahkan nak kasi kat babysitter/nurseri nnt..

letakkan dlm cooler bag dan mesti ada ice pack utk memastikan suhu tidak berubah..lepas dah boh dlm cooler bag..ape jadi plak ngan pam spectra3 saya tu utk dibawa pulangg..


jadinya saya telah menggunakan beg yg sgt² sesuai letakkan pam spectra3 ni..tgk gamba tu kan just nice jerrr..;-) saya beli semua peralatan utk mengepam ni kat kedai kegemaranku ini..fabulousmom ni laa..mmg rasa cam febeles jerr bila mengepam tu nnt hahaha :-p aper lagi kengkawan..skrg ada sales..biasalah skrg kan nak ujung thn sales sana sini..saya pon teringin nak gi MV ujung minggu ni..ada expo baby katanyaaa ;-)


p/s : bestnye kalau dpt mengepam di tpt seperti ini dan mempunyai stok ebm sebyk inii..fuhh saya sgt kagum dgn momma mia ini..;-)

Saturday, October 16, 2010

sharing is caring giteww..

sepanjang aku berhibernasi selama dua bulan ni..bukan aper..byk ilmu yg aku dok kutip dlm blog2 dan website2 (selain ilmu menyoping x hengat dlm store online) org lain..terutamanya tentang info utk menyusukan bayi secara eksklusif..EBF (exclusive breastfeed) kata omputehnye..

akak mengakulah diknon oii..walaupun dah beranak 3 ni..ilmu pasal ebf ni sgtlah cetek..mana taknya 10 thn lps mana ada byk sgt info pasal ebf utk rakyat mesia ni kan..cuma baru2 ni jer bila kempen susu ibu dipertingkatkan lagi kat sini barulah byk kedai2 online yg menjual kelengkapan gajet2 ebf ni kuar..dan ramai juga ibu2 muda buat blog khas utk ceritakan pengalaman mereka meng ebfkan (suka suki jer buat ayat sendiri) baby diorg tu..akak pon layanss la blog2 tu..

ni nak share..masa google2 last week..terjumpa ler website ni..oohh..sgt informatif gituu..tajuk dlm bahasa melayu nyer Mitos Susu Ibu haa gitulahh lebih kureng..jom kita tgk antara mitos2 yg selalu sgt kita dengar terutama dr org tua2..alaa zaman2 mak2 kita dulu beranak ler..kenapa diorg ni lebih percayakan susu formula dari susu ibu sendiri..

kesemua mitos yg disenaraikan ada 54 perkara..tapi aku amek sket je la yer..yg lain korang baca sendiri ;-) antara mitos2 pemes itu ialah :

1. Many women do not produce enough milk. Not true!

The vast majority of women produce more than enough milk. Indeed, an overabundance of milk is common. Most babies that gain too slowly, or lose weight, do so not because the mother does not have enough milk, but because the baby does not get the milk that the mother has. The usual reason that the baby does not get the milk that is available is that he is poorly latched onto the breast. This is why it is so important that the mother be shown, on the first day, how to latch a baby on properly, by someone who knows what she is doing.


ramai yg beranggapan susu mereka tidak cukup utk baby..termasuklah saya masa mula2 melahirkan arash dulu..sampai anak yg ketiga ni pon asyik pk menda yg sama..kerana aper..sbb mungkin ada antara ibu2 yg dijaga oleh ibu mereka..seringkali kedengaran ayat "susu ko x cukup tu gi beli susu tin laa..sian baby tuu..nangis jer" padahal mungkin teknik penyusuan tu salah..bak kata ayat di atas tu ;)
sesungguhnya setiap susu ibu yg melahirkan itu adalah cukup utk keperluan anak mereka..jadi tutupkan aja telinga pabila mendengar suara2 sumbang yg mengatakan susu ibu tidak cukup utk baby kita..

2. There is no (not enough) milk during the first 3 or 4 days after birth. Not true!

It often seems like that because the baby is not latched on properly and therefore is unable to get the milk. Once the mother’s milk is abundant, a baby can latch on poorly and still may get plenty of milk. However, during the first few days, the baby who is latched on poorly cannot get milk. This accounts for “but he’s been on the breast for 2 hours and is still hungry when I take him off”. By not latching on well, the baby is unable to get the mother’s first milk, called colostrum. Anyone who suggests you pump your milk to know how much colostrum there is, does not understand breastfeeding, and should be politely ignored.


pernah x kita dgr org tua2 soh buang dulu susu yg mula2 kuar yg dikatakan itu susu basi..mereka mungkin krg ilmu..padahal itu adalah kolestrum yg amat penting utk baby..aper pun seperti yg perkara 1 tadi..cara menyusukan baby dgn betol amatlah penting utk pastikan baby benar2 menyusu..cara2nya nantilah akak buat n3 lain yer ;-)


3. A baby should be on the breast 20 (10, 15, 7.6) minutes on each side. Not true!

However, a distinction needs to be made between “being on the breast” and “breastfeeding”. If a baby is actually drinking for most of 15-20 minutes on the first side, he may not want to take the second side at all. If he drinks only a minute on the first side, and then nibbles or sleeps, and does the same on the other, no amount of time will be enough. The baby will breastfeed better and longer if he is latched on properly. He can also be helped to breastfeed longer if the mother compresses the breast to keep the flow of milk going, once he no longer swallows on his own (Breast Compression). Thus it is obvious that the rule of thumb that “the baby gets 90% of the milk in the breast in the first 10 minutes” is equally hopelessly wrong.


ni lagi satu mitosnya..sapa ckp baby MESTI menyusu selama waktu tertentu..di setiap B kita tu..klu betol caranya sekejap jer baby dah kenyang kan..


4. A mother should wash her nipples each time before feeding the baby. Not true!

Formula feeding requires careful attention to cleanliness because formula not only does not protect the baby against infection, but also is actually a good breeding ground for bacteria and can also be easily contaminated. On the other hand, breastmilk protects the baby against infection. Washing nipples before each feeding makes breastfeeding unnecessarily complicated and washes away protective oils from the nipple.


jgn sekali2 basuh nipples kita sebelum menyusukan anak yer puan2..susu ibu itu sendiri mempunyai anti bakteria yg melindungi baby dr sebarang jangkitan.


5. Pumping is a good way of knowing how much milk the mother has. Not true!

How much milk can be pumped depends on many factors, including the mother’s stress level. The baby who nurses well can get much more milk than his mother can pump. Pumping only tells you have much you can pump.


betol3x..kita xbleh stress2 kalau nak menyusukan/mengepam susu..nnt susu sikit jer kuar ;-) yg ni memerlukan kekuatan mental..ibu2 yg menyusukan kena selalu relax2kan minda..xleh tensi2..


6. It is easier to bottle feed than to breastfeed. Not true!

Or, this should not be true. However, breastfeeding is made difficult because women often do not receive the help they should to get started properly. A poor start can indeed make breastfeeding difficult. But a poor start can also be overcome. Breastfeeding is often more difficult at first, due to a poor start, but usually becomes easier later.


bak kata pepatah melayu "hendak seribu daya..xnak seribu dalih" x gitu deknonn ;-)


7. Women with small breasts produce less milk than those with large breasts.

Nonsense!


setujuuuuuuuuuuu sgt2 kerana ramai juga kwn2ku yg mempunyai B yg kecil tapi produce susu..fuhhh..mabeless wa cakap lu hehe..


8. Modern formulas are almost the same as breastmilk. Not true!

The same claim was made in 1900 and before. Modern formulas are only superficially similar to breastmilk. Every correction of a deficiency in formulas is advertised as an advance. Fundamentally formulas are inexact copies based on outdated and incomplete knowledge of what breastmilk is. Formulas contain no antibodies, no living cells, no enzymes, no hormones. They contain much more aluminum, manganese, cadmium and iron than breastmilk. They contain significantly more protein than breastmilk. The proteins and fats are fundamentally different from those in breastmilk. Formulas do not vary from the beginning of the feed to the end of the feed, or from day 1 to day 7 to day 30, or from woman to woman, or from baby to baby. Your breastmilk is made as required to suit your baby. Formulas are made to suit every baby, and thus no baby. Formulas succeed only at making babies grow well, usually, but there is more to breastfeeding than getting the baby to grow quickly.


pernah terbaca dlm blog bf mommies yg lain..susu formula merupakan susu ke empat terbaik..selepas susu ibu, susu ibu yg dibekukan, susu ibu susuan..aper yg penting skrg yer puan2 kita cubalah sebaik mungkin menyusukan anak sebelum mengambil keputusan memberikan susu formula..jgn terus lemah semangat sekiranya tgk susu kita spt tidak cukup..atau menyusukan baby yg punyai masalah (jap gi kita tgk) itu semua psikologi jer..klu kita kuat berkehendakkan anak kita minum susu kita sahaja..berdoalah setelah segala usaha telah dilakukan..jgn terus menyerah kalah..


saya sgt2 menyesal tidak ebf kedua anak saya dulu kerana kurangnya ilmu dan sokongan...arash sampai 3 bln jer..adelia sampai 5 bln..itupun dah campur2 ngan susu formula :(


9. If the mother has an infection she should stop breastfeeding. Not true!

With very, very few exceptions, the mother’s continuing to breastfeed will protect the baby. By the time the mother has fever (or cough, vomiting, diarrhea, rash, etc) she has already given the baby the infection, since she has been infectious for several days before she even knew she was sick. The baby’s best protection against getting the infection is for the mother to continue breastfeeding. If the baby does get sick, he will be less sick if the mother continues breastfeeding. Besides, maybe it was the baby who gave the infection to the mother, but the baby did not show signs of illness because he was breastfeeding. Also, breast infections, including breast abscess, though painful, are not reasons to stop breastfeeding. Indeed, the infection is likely to settle more quickly if the mother continues breastfeeding on the affected side.


jadiii teruslah menyusukan bayi anda walaupun tgh demam!!


10. Premature babies need to learn to take bottles before they can start breastfeeding. Not true!

Premature babies are less stressed by breastfeeding than by bottle feeding. A baby as small as 1200 grams and even smaller can start at the breast as soon as he is stable, though he may not latch on for several weeks. Still, he is learning and he is being held which is important for his wellbeing and his mother’s. Actually, weight or gestational age do not matter as much as the baby’s readiness to suck, as determined by his making sucking movements. There is no more reason to give bottles to premature babies than to full term babies. When supplementation is truly required there are ways to supplement without using artificial nipples.


sapa cakap baby premature tidak boleh diberikan susu ibu?? adalah kaedah2 nyer utk menyusukan baby tidak cukup bln ni..nnt2 kita kupas yer..


11. If the mother is taking medicine she should not breastfeed. Not true!

There are very very few medicines that a mother cannot take safely while breastfeeding. A very small amount of most medicines appears in the milk, but usually in such small quantities that there is no concern. If a medicine is truly of concern, there are usually equally effective, alternative medicines that are safe. The loss of benefit of breastfeeding for both the mother and the baby must be taken into account when weighing if breastfeeding should be continued.


jgn takut utk menyusukan baby sekiranya kita mengambil ubat2an yer puan2 (eh mcm rancangan masakan plak dah)


12. A breastfeeding mother has to drink lots of fluids. Not true!

The mother should drink according to her thirst. Some mothers feel they are thirsty all the time, but many others do not drink more than usual. The mother’s body knows if she needs more fluids, and tells her by making her feel thirsty. Do not believe that you have to drink at least a certain number of glasses a day. Rules about drinking just make breastfeeding unnecessarily complicated.


laaaa..mitos rupe2nye niii...tapi saya mmg tergolong dgn org yg kuat minum air ;)


13. A breastfeeding mother has to eat more in order to make enough milk. Not true!

Women on even very low calorie diets usually make enough milk, at least until the mother’s calorie intake becomes critically low for a prolonged period of time. Generally, the baby will get what he needs. Some women worry that if they eat poorly for a few days this also will affect their milk. There is no need for concern. Such variations will not affect milk supply or quality. It is commonly said that women need to eat 500 extra calories a day in order to breastfeed. This is not true. Some women do eat more when they breastfeed, but others do not, and some even eat less, without any harm done to the mother or baby or the milk supply. The mother should eat a balanced diet dictated by her appetite. Rules about eating just make breastfeeding unnecessarily complicated


uisshh..pandai2 jer ckp soh makan byk2 klu bf baby ni kan..(tujukan khas utk diri sendiri yg kuat mkn ni :p)


14. A mother who bleeds from her nipples should not breastfeed. Not true!

Though blood makes the baby spit up more, and the blood may even show up in his bowel movements, this is not a reason to stop breastfeeding the baby. Nipples that are painful and bleeding are not worse than nipples that are painful and not bleeding. It is the pain the mother is having that is the problem. This nipple pain can often be helped considerably. Get help. (Sore Nipples). Sometimes mothers have bleeding from the nipples that is obviously coming from inside the breast and is not usually associated with pain. This often occurs in the first few days after birth and settles within a few days. The mother should breastfeed! If bleeding does not stop soon, the source of the problem needs to be investigated, but the mother should keep breastfeeding.

inilah ujian kita sewaktu menyusukan anak..teruskan penyusuan yer jgn risau..sekejap aja masalah ni biasanya..

15. Babies with cleft lip and/or palate cannot breastfeed. Not true!

Some do very well. Babies with a cleft lip only usually manage fine. But many babies with cleft palate do indeed find it impossible to latch on. There is no doubt, however, that if breastfeeding is not tried, it will not work. The baby’s ability to breastfeed does not always seem to depend on the severity of the cleft. Breastfeeding should be started, as much as possible, using the principles of proper establishment of breastfeeding. (Breastfeeding—Starting Out Right). If bottles are given, they will undermine the baby’s ability to breastfeed. If the baby needs to be fed, but is not latching on, a cup can and should be used in preference to a bottle. Finger feeding occasionally is successful in babies with cleft lip/palate, but not usually.


nampakkan..hatta bayi yg bermasalah seperti bibir sumbing ni pon harus diberikan susu ibu dgn mnggunakan teknik2 tertentu...jadi perlukah kita memberikan pelbagai alasan lagi..


16. There is no such thing as nipple confusion. Not true!

A baby who is only bottle fed for the first two weeks of life, for example, will usually refuse to take the breast, even if the mother has an abundant supply. A baby who has had only the breast for 3 or 4 months is unlikely to take the bottle. Some babies prefer the right or left breast to the other. Bottle-fed babies often prefer one artificial nipple to another. So there is such a thing as preferring one nipple to another. The only question is how quickly it can occur. Given the right set of circumstances, the preference can occur after one or two bottles. The baby having difficulties latching on may never have had an artificial nipple, but the introduction of an artificial nipple rarely improves the situation, and often makes it much worse. Note that many who say there is no such thing as nipple confusion also advise the mother to start a bottle early so that the baby will not refuse it.


laa..ni lg satu mitos rupak2nya..tapi hakikatnya ada juga baby yg payah nak terima bottle nipple ni..kenalah ajar awal2 lagi..alhamdulillah..bayi saya tidak mempunyai masalah ini..tidak cerewet la kiranya..


17. Women with flat or inverted nipples cannot breastfeed. Not true!

Babies do not breastfeed on nipples, they breastfeed on the breast. Though it may be easier for a baby to latch on to a breast with a prominent nipple, it is not necessary for nipples to stick out. A proper start will usually prevent problems and mothers with any shaped nipples can breastfeed perfectly adequately. In the past, a nipple shield was frequently suggested to get the baby to take the breast. This gadget should not be used, especially in the first few days! Though it may seem a solution, its use often result in poor feeding and severe weight loss, and makes it even more difficult to get the baby to take the breast. If the baby does not take the breast at first, with proper help, he will often take the breast later. Breasts also change in the first few weeks, and as long as the mother maintains a good milk supply, the baby will usually latch on, sooner or later.


ingat tuu..baby bukan menyusu kat nipple kita sebaliknya pada B..pastikan anak anda menyusu dengan lekapan yg betol (proper latch)


18. A woman who becomes pregnant must stop breastfeeding Not true!

If the mother and child desire, breastfeeding can continue. There are women who continue nursing the older child even after delivery of the new baby. Many women do decide to stop nursing when they become pregnant because their nipples are sore, or for other reasons, but there is no rush nor medical necessity to do so. In fact, there are often good reasons to continue. The milk supply may decrease during pregnancy, but if the baby is taking other foods, this is not a problem.


mitos betol eh..saya ada kawan yg bfkan baby dia sampai usia 6 thn..percaya x..percayalaahhh..;-)


19. Breastfeeding in public is not decent. Not true!

It is the humiliation and harassment of mothers who are nursing their babies that is not decent. Women who are trying to do the best for their babies should not be forced by other people’s lack of understanding to stay home or feed their babies in public washrooms. Those who are offended need only avert their eyes. Children will not be damaged psychologically by seeing a women breastfeeding. On the contrary, they might learn something important, beautiful and fascinating. They might even learn that breasts are not only for selling beer. Other women who have left their babies at home to be bottle fed when they went out might be encouraged to bring the baby with them the next time.


jgn malu2 yer kawan2..zaman skrg dah mudah..ada nursing cover..beli aja lah..kat mana2 pon kita leh bf kan baby tu..in fact skrg klu nampak ibu2 yg susukan kat mall rasa sgtlah bangganya kan kan ;)


20.Breastfeeding is blamed for everything. True!

  • Family, health professionals, neighbors, friends and taxi drivers will blame breastfeeding if the mother is tired, nervous, weepy, sick, has pain in her knees, has difficulty sleeping, is always sleepy, feels dizzy, is anemic, has a relapse of her arthritis (migraines, or any chronic problem) complains of hair loss, change of vision, ringing in the ears or itchy skin.
  • Breastfeeding will be blamed as the cause of marriage problems and the other children acting up.
  • Breastfeeding is to blame when the mortgage rates go up and the economy is faltering.
  • And whenever there is something that does not fit the “picture book” life, the mother will be advised by everyone that it will be better if she stops breastfeeding.

yang terakhirnya sgt2 lah betolnyer..mmg masih ramai lg yg menganggap menyusukan baby ni penyebab pelbagai masalah lain spt yg disebutkan di atas..tapi ingatlah wahai ibu2 penyayang sekalian..nikmat yang akan kita kecapi di akhirat nnt kerna menyusukan anak seperti yg disyariatkan oleh Allah.. tidak terhingga nilainya..


dan byk lagilah mitos lain..anda bolehlah membacanya di mamababyworld ni yer..

mmg sgt banyak cabaran dlm melaksanakan ebf ini..saya sendiri mempunyai cabaran dari anak pertama lagi...antara cabarannya apabila kita seringkali mendengar mitos2 yg disebutkan di atas tadi..apabila byk ilmu yg kita kutip..menguatkan lagi semangat saya utk menyusukan anak ketiga secara eksklusif..tidak perlu lagi merasa malu menyusukan anak di khalayak ramai..malah rasa bangga (ingat ini bkn tujuan utk riak) krn berjaya melaksanakan tuntutan Islam..

ketika ebf juga..kita amat2 memerlukan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami, ibu, ayah, adik beradik dll..sekiranya tiada sokongan inilah menyebabkan usaha utk ebf terbantut..tapi xpe..yg penting skrg ibu2, marilah kita kuatkan mental dan fizikal dgn berfikiran positif selalu..usaha sedaya upaya sekurang2nya dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun...di samping sentiasalah berdoa kepada Allah agar diperbanyakkan susu kita..insyaAllah..

nak petua banyakkan susu tak..emm..yg tu n3 lain yerrr..dah ponek eden mengarang ni..skrg bersemangat nak wat n3 at least sehari sekali..kunun2nyaa