Friday, December 17, 2010

30 Days Quest : Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?

emm...terus terang saya katakan...yg saya tidaklah teringin nak bertukar diri ni dgn sesiapa pon walaupun utk satu hari...saya merasa bersyukur dgn apa yg saya ada..mempunyai suami yg amat memahami dan penyabar melayan karenah saya yg kadang² mcm budak kecik dan kdg² mcm singaa hahaha..jahat i kan :p..mempunyai tiga org anak (dan berhasrat nak tambah lagi srg 3 thn lg insyaAllah ;)) yang comel di mata saya..dan mempunyai kerjaya yg boleh membantu ekonomi keluarga..(yg benarnya ada duit utk bersoping sendiri :-p)

akan tetapi saya tetap mempunyai dua org yg dikenali di alam maya ini yg saya jadikan contoh utk saya menjadi isteri dan ibu yg lebih berdedikasi dan komited dgn keluarga sendiri..

inspirasi pertama

saya mengenali mamatiamia ni melalui adik saya zubye. saya mula baca blog dia bleh dikatakan setiap ari..dan saya terpikat dgn kehebatan beliau yg rajin memasak utk keluarga setiap hari sebelum pergi kerja, pasti masak dulu utk anak² kembarnya.suami dan mak yg tinggal serumah..mmg org ckp..bolehlah klu ada maid bleh tlg² siapkan bahan..tetapi percayalah suatu ketika dulu saya juga mempunyai maid..x plak saya soh dia siapkan bahan utk saya masak pagi²....nampak x perbezaannya di situ :p tu la org katakan nak seribu daya..xnak seribu dalih..

selain kisah masakannya yg enak² tu..saya juga suka tgk gamba² dia pergi melancong ke luar negara..yg membuatkan saya terus berangan² (sesuailah ngan tajuk blog aku ni kan :) satu hari nnt saya juga dpt pergi ke serata dunia bersama keluarga terchentaa..

inspirasi kedua

pada tahun ini saya sering mengikuti blog kak nanirostam ni.. bg saya dia juga seorang ibu yg hebat..mempunyai 6 org anak..sgt cantek..pandai menghias rumah, memasak (yg plg saya sukai melihat makanan yg terhidang di atas mejanya) boleh dikatakan pandai serba serbi hal ehwal rumahtangga ni..beliau selalu menceritakan kapayahan hidup beliau di masa lampau..walaupun dah senang skrg ni masih tidak malu nak gi menjual aiskrim di dpn sekolah anak²nya..wahh saya sgt kagum dgn kecekalan beliau membesarkan anak² yg ramai..memberi makan dgn hasil tgn sendiri..melihat anak² membesar di depan mata..sgt² priceless...sukar hendak digambarkan..

saya berharap satu hari nnt..saya juga bleh jadi mcm kak nani ni..berenti kerja..jaga anak²..gi kelas masakan..masak sedap² utk family..bleh le berbisnes sket²..yg pasti ada menda yg nak dibuat di rumah..supaya tidak boring..oohhh i loikee..

itulah dua org yg memberikan impak kpd saya..wpun hanya mengenali di alam maya sahaja..pasti korang pon ada sumber insipirasikan..citer lah plakk sapakah org ituu..sayakahh?? haha..perasan :-p

6 comments:

pinkiss said...

tin, i terbaca nak tambah lagi 3. rupanya tambah lagi sorang dalam masa 3 tahun lagi.

AQisH said...

@pinkiss
tin..bebaik ayat u tu tin oiii..senakk perut makk ni :-p

NaniRostam said...

Salam.malu i. thank u so much dear.

AQisH said...

@NaniRostam
apa nak malu kak..mmg kenyataan hehe ;)

MamaTiaMia said...

salam aqish..alhamdulillah kalau blog saya jadi inspirasi..semua para isteri,ibu actually dah cuba yang terbaik cuma kadang2 rajin membaca,belajar boleh buat kita tahu lebih banyak perkara kan..so sharing is caring;)saya pun masih belajar,perlu memperbaiki diri banyak lagi:)uhhh dan nak tambah lagi...alhamdulillah..mesti bolehhh!!..he..hee p/s tak pakai dslr lah..satu tak tahu guna...secondly dgn dua nak active ni kena snap cepat..saya guna compact Canon Ixus ajo;)

AQisH said...

@MamaTiaMia
hehe..insyaAllah sama2 kita berusaha jadi isteri dan ibu yg terbaikkan ;)

laa pic kamera biasa ke..tp gamba2 cantek besar2..