Saturday, January 7, 2012

selamat tinggal kawannn......

sesuatu yg amat memeritkan hati dan perasaan bila kehilangan org yg disayangi..tahun lepas ibu mertuaku telah pulang kerahmatullah selepas raya pada pertengahan september thn lalu..mungkin ini antara penyebab mengapa aku agak slow utk update blog..tiba2 aku seolah2 hilang mood utk memblog semenjak ketiadaan mek..AlFatihah buat mek..insyaAllah satu ari aku akan ceritakan detik2 terakhir bersama ibu mertua tercinta...

awal tahun ini pula..tanggal 6 januari aku kehilangan seorang sahabat baik sejak dibangku sekolah lagi..ghazidi namanya..kami baik sejak aku baru berpindah dari pahang ke sekolah di gombak masa form 2..dia antara kawan lelaki yg plg baik dgnku..ya dia mmg satu2nya kwn baik lelaki yg pernah aku ada...mcm2 pengalaman pahit manis dan yg plg byk perkara lucu yg berlaku sewaktu bersekolah sepanjang persahabatan kami...

peristiwa lawak yg plg aku x bleh lupa bila mana dia x dpt mencari minus one lagu Takdir & Waktu nyanyian kump Mega..ketika tu aku nak buat persembahan nyanyian..sekali bila mainkan tape lagu..kuar sora lelaki..dan aku plak jadi mcm miming suara sendiri tidak kedengaran yg kuar sora lelaki plak dahh..mmg agak memalukan kejadian itu di hadapan semua pelajar..nasib baik pelajar sesi ptg je masa tu form 1 & 2..klu termasuk sekali pelajar senior..x taulah mcm mana malunya aku..tetapi peristiwa tu lah yg kami selalu ingat bila berborak dewasa ini....tapi kini hanya tinggal kenangan...

masih aku teringat bbm terakhir yg aku terima drp arwah pada 12 dis lalu..dia menegurku apabila terlihat status bbmku..aku demam agak lama kerana jangkitan bakteria dlm darah dan tekanan darah rendah..dia pon bercerita ttg pnyakit misteri yg dihidapinya..sdh 2 mggu dia sakit dada dan susah utk bernafas katanya..merata juga dia berubat..dipercayai terkena santau..bila ditepuk belakangnya keluar darah..ada jarum dan gumpalan rambut di dadanya...sbb itulah sukar utk dia bernafas..

rupa2nya seminggu selepas itu dia dimasukkan ke ICU hospital selayang..selama 3 minggu dia tidak sedarkan diri..ini yg plg aku terkilan..aku tidak tau dia msk hospital..sehinggalah semlm aku terbaca dlm fb bila mana salah seorang kwnnya memaklumkan ttg ketiadaanya..terkejut sgt2 terus aku pegi ke wall fbnya..Ya Allah betullah sahabatku telah tiada..aku menyesal kerana tidak membaca wall nya itu beberapa mggu lps..klu tidak tentu aku sdh mengetahui yg dia berada di hospital..sesalnya aku :((

hari ini..sekujur tubuh kaku yang tidak dpt aku tatap buat kali terakhir..arwah telah selamat disemadikan..walaupun hatiku sgt terkilan tidak dpt menatap wajahnya sbb segala urusan jenazah telah dilakukan di hospital..setelah solat, jenazah dibawa terus menaiki van jenazah menuju ke kubur..hanya doa dan air mata yg mengiringi pemergian arwah...

ironinya..semenjak aku form 2 sehinggalah aku berkahwin dan beranak pinak ni..aku sering melawat arwah setiap kali aidilfitri sama ada di rmh ibubapanya mahupun rmhnya sendiri..terkilan lagi raya thn lps aku tidak dpt pergi ke open hse rmhnya kerana waktu itu en.zaim ada kursus hingga lewat ptg..2010 last aku jumpa arwah..

gambar2 di bwh yg dpt aku ambil drp album fbnya..semuanya di rmh arwah ketika open hse aidilfitri..

sewaktu open hse pada thn 2009..arwah berbaju melayu purple..sentiasa berwajah ceria...

ini pula pada 2008..bersama seorang lg kwn rapatku sewaktu sekolah..Fara..kami berdua sempatlah pergi menziarah jenazah arwah pagi tadi..

rupanya open hse 2010 tiada gambar aku bersamanya..hanya gambar aku sekeluarga sahaja..2009lah gambar terakhir kami :(


Ya Allah..kenapalah ada manusia yg berhati begitu HITAM sanggup menggunakan sihir ke atas sahabatku yg sgt baik ini....Allah sahajalah yg membalas perbuatan manusia itu..

buat Allahyarham Ghazidi Ariff..aku akan selalu mendoakan kau..semoga Allah mengampuni segala dosa2 kau Boy..Ya Allah kau cucurilah rahmat kepada sahabat baikku ini..sesungguhnya dia mmg seorang yg sgt baik..sentiasa bersedia sekiranya kami memerlukan bantuan..tempatkanlah hambamu ini dikalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah..Amin...

moral of the story..sekiranya kita mengetahui ada sahabat yg sakit..segeralah menziarahinya..agar kita tidak akan merasa terkilan dan menyesal sekiranya dia meninggalkan kita buat selama-lamanya..........

Maafkan aku Ghazidi...:'(

1 comment:

alladiin said...

Takziah Qish..Alfatihah utk arwah..