Tuesday, October 21, 2008

cepatlah sembuh wahai manja

oleh kerana ada permintaan utk updatekan perihal Manja, ingat lagi tak entry baby sakit kat bwh tu..so aku copy pastekan note ibunya yg dlm FB tu buat tatapan korang semua..

wajah manja pada 20/10/08


Perkembangan manja hari ini ok cuma ada masalah dari segi penyusuan.perut manja mengambil masa yang lama untuk hadamkan susu yang di minum..ini juga memeningkan kepala doktor.

Manja belum boleh pulang kerana doktor belum berpuas hati tentang berat badan manja. pagi ni wayar air terpaksa di pasang semula kerana manja kerap sangat membuang air besar takut badan semakin lemah.

pagi ni juga wayar susu terpaksa ditanggalkan dan diganti dengan yg baru..Manja menjerit kesakitan..aduh pilu hati ni mendengarnya..tak sanggup nak dengar aku lari keluar dari bilik...kesian anakku..

Sekarang manja sedag tido..Doakan agar manja segera sembuh...

sekian...llyn

3 comments:

Asz said...

mmm .. bila baca keadaan manja ni, teringat lak ngan bb kita tu ... mintak2 manja takdelah smpai tahap bb kita, sbb mula2 anak kita pun mula ngan lungs infection pastu feeding problem then bla .. bla.. bla ... sampai skang takleh oral langsung terpaksa pakai tube (tebuk kat perut) utk susu, tak cukup ngan tu .. skang kena pakai machine lak utk bg feeding ...

alahai manja ... aunty doa biar manja cepat sembuh ya sayang.

to ibu manja,

ini dugaan utk kita ... saya faham sgt apa yg ibu manja sedang lalui skang sbb saya juga berada di dlm situasi yg sama, sabar, tabah & redha, jgn lupa berfikiran positif... suma yg jadi ada hikmahnya .. insyaallah.

Jlascanteen said...

sentiasa doakan baby manja cepat sembuh. thanks for the update.

Leenoh said...

Insya Allah, Manja akan sihat dan menjadi orang yang baik.Marilah kita memohon daripada Allah supaya Manja sihat walafiat dan cergas seperti kanak-kanak yang lain. amin.