Sunday, November 2, 2008

pergi jua akhirnya

Kebelakangan ini byk berita sedih yg kuterima termasuklah semlm..setelah 21 hari berjuang di hospital, akhirnya Manja tewas dan kembali ke rahmatullah pada jam 2.50 ptg, 1 Nov 2008.

Manja menghembuskan nafasnya yg terakhir di dalam buaian di rmh neneknya di Ampang dan hanya disedari oleh ibunya yg baru pulang dr konsert tahunan anak keduanya. Hati ibu mana yg tidak sedih, anak yg selama ini tidak pernah berenggang dan hanya ditinggalkan seketika telah pergi tanpa ibu di sisi. Itulah ketentuan Ilahi yg sudah tertulis tiada siapa yg mampu menghalangnya.

Aku tidak sempat melihat jenazah Manja..ketika sms kuterima, aku dan keluarga baru tiba di Shah Alam di rmh kwn lamaku..kami hanya sempat melawat keluarganya setelah solat maghrib..Menurut ibunya..wajah Manja kembali kepada asal dan bercahaya putih bersih ketika selesai dimandi dan dikafankan..Alhamdulillah..syurga tptmu Manja..

Buat Lyn dan Zuber..aku doakan semoga kalian tabah menghadapi ujian ini..ingatlah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg akan kita ketahui kelak..

Al-Fatihah buat arwah Sofia Hani..(5 bln 11 hari) semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu sayang.. bersemadilah dengan aman di sana…

4 comments:

Asz said...
This comment has been removed by the author.
Asz said...

aqish ... sedihnya dgr berita ni ... dah lama ke arwah balik umah?!??

i yg tak kenal manja rasa terkilan ... sedih la .. =( tapi nk buat camne, Dia lebih menyayangi manja.

takziah buat family manja, harap mereka tabah ngan ujian yg hebat ini...

janesach said...

Al-Fatihah

Jlascanteen said...

Al- fatihah