Wednesday, January 21, 2009

kepada yg masih ragu² utk memboikot sila baca artikel di bwh..

Apakah kesannya sekira kita boikot...

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald's dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco/Carrefour kepada Pasaraya Maidin? ataupun Giant..syarikat tempatankan??

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald's.

McDonald's merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai "bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel." Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald's adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald's menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald's terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald's terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald's akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald's boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel" dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

maka kepada org Islam yg masih byk punya alasan utk tidak memboikot produk² spt ini tepuk dada tanyalah Iman..klu umat Islam bersatu hati..kita pon boleh konker ekonomi dunia..ada yg ckp internet dan komputer sume produk keluaran diorg..oklah boleh diterima hopefully pasni kuar jenama org Islam/tempatan yg buat kita pakat² lah tukar plak ok..buat masa ni pakai jer lah ni dulu..(termasuk blogspot nih hukk) nak boikot produk makanan lah dulu sbb kita ada byk option makanan yg lain kan..semoga usaha kita ni berjaya bukan sekadar hangat² taik ayam atau bahasa omputehnyer hot-hot chicken shit huhuhu...






15 comments:

KhaLifah feDi said...

emm betul tue cik aqish..kdg2 kite hanye pk utk masa2 singkat tampe pk waktu2 jangka pjg..

rezeki mmg ade dimana2 .......hatta dlm batu sekalipun...

dakgilachoc a.k.a nani said...

wow nice info..thanks 4 sharing kak...:)

KM said...

otak org malaysia khususnya org Melayu kdg2 susah nak tune....kalau itula pemikirannya sejak 40-50 thn lalu, itulah yg akan diikut sampai kini. Namun kalau penyampaian sebegini berterusan, insyallah Allah akan membuka mata & hati mereka....terus perjuangan membuka minda umat melayu...

suw said...

heheeh, itu jela yg terdaya kan?
blogspot tu..haih, kurangkan entry kot? takpon bukak sekali sehari je? ok ker?

cikpedot said...

datang le area pusat bandar damansara ni.. kami punye KFC dah lengang...yeay..

AyKay said...

bukan ragu2 tapi ramai yg dah biasa dgn atitude "tak kena batang idung aku tak ape".
cuba buat bancian di tesco or mcdo; kenapa org masih sanggup bayar tesco barang yg sama yg boleh dibeli di giant or mydin?

azreen said...

info yg sgt2 bernas.....thanks babe..

DrSam said...

jika usaha sebegini dilakukan bersama-sama, pada skala yang besar dan berterusan, saya yakin dan pasti lambat laun akan berjaya juga memberi impak yang besar kepada mereka.

usaha ingat-mengingati seperti di blog ini amat dialu-alukan, dari masa ke semasa.

sama-sama kita memainkan peranan kecil namun berimpak besar ini.

ita.itu said...

mekasih info tu..blogspot kurang kan bukak la..hehe..x sanggup la

alladiin said...

hmm..ada satu yg susah..pc wa guna windows dan intel processor..nak tukar ke apple, dia pun dari USA.. Lebih dari 95% pc di Malaysia guna intel processor dan lebih dari 90% guna windows.. Kalau kita stop, lumpuh negara.

Part yang ni rasanya kita boikot dalam hati je kot..selemah2 iman..

AQisH said...

KF - mmg betol rezeki ada di mana² kitalah kena usaha sket kan ;-)

nani - u r welcome..no prob dear..

KM - ye lor sbb tu kena buat anjakan paradigma..wahh yoyoor jer..

suw - err..skali sehari tu yg cam susah jer kan..kita tunggu org mesia buat yg free² utk berblog eh ;-)

cikpedot - ye ke ped..dh lama aku tak pi..ari tu pi bln 4 thn lps tu pon nak wat passport hehe..

aykay - mmg pyh org kita nak ubah pulak² tgk ada harga lantai tuu huhu..

azreen - u r welcome reen ;-)

drsam - ingat mengingati supaya kita tak mudah alpa kan..

ita.itu - aku pon tak sanggup lg ta huhu..boikot produk makanan jer dulu..

aladin - sbb tu lah wa kata kita boikot mana yg mampu dulu..mcm produk makanan..kat mesia msh byk pilihan..bab² pc & teknologi nih terpaksa tentang dlm hati lah selemah² iman gitew..

en_me said...

thanx cik aqish tewww.. for d info

alladiin said...

semalam wa minum ptg makan lempeng cicah sambal belacan dgn ikan masin...wow..piza USA pun tak leh lawan...

Gukita said...

Qish..
Dah masuk Blogspot dah?
Satu demi satu Voxer berhijrah...
....razali of vox.

Dee said...

i dh start sket2lah..tp still minum milo..shame2!!