Saturday, February 26, 2011

don't judge a book by its cover

but u have to cover your children's text book ;-)

bagaimana yer kita nak mengenali hati budi seseorang tu terutama sekiranya kita hanya berkenalan di alam maya sahaja..ada org kata jgn simply judge org dari segi penulisan dalam blognye saja (sekiranya dia mempunyai bloglah) atau ketika bersembang di chat room...atau pun kita dah mmg kenal dia di luar.. kita pastinya mengukur seseorang itu dari segi penampilannya ada gak kata jgn judge dr segi penampilan luaran tapi klu dah luar nampak semacam jer mengundang persepsi org yg memandangnyakan..tak gitu..demikian juga dari segi percakapan kita dgn org sekeliling...bersopan santunkah..down to earth kah..atau kalau bercakap dia ajalah yg nak menang dari segala hal..ckp org lain semua tak betul..emm camne tu..

bagi saya..klu kita mengenali seseorang di alam nyata adalah lebih mudah utk memahami sikap mereka yg sebenar...kalau rasa kurang serasi senang jualah utk kita menjauhkan diri..tapii..bagaimana pulak bila berkenalan di alam maya ni..

penulis pertama - ada org mempunyai bakat menulis yg enak dibaca penulisannya..dan mempunyai follower yg ramai..

penulis kedua - ada pulak org yg menulis dgn bahasa yg kurang enak malahan tidak sopan tetapi tetap ramai followernyer..

penulis ketiga - yang ingin menampilkan diri sebagai seorang yg hebat dan mempunyai segala2nya dgn menunjukkan segala harta dan barangan kesayangan yg dimiliki..

gaya penulisan yg mana satu pilihan anda..ketiga2nya mempunyai ramai peminat yg tersendiri..saya tidak terlalu musykil dgn penulis kedua dan ketiga..mungkin dia menjadi diri sendiri dlm blognya itu yg membuatkan pembacanya rasa terhibur mahupun rasa menyampah..kiranya senang jua utk kita membuat penilaian..

yg membuatkan saya agak musykil bila mana seseorang yg menulis yg indah2 dan baik2 belaka serta peramah dgn pembacanyer tetapi berlainan pulak wataknya di luar...adakah dia hanya ingin meraih populariti dgn cara begini..atau sekadar ingin menunjukkan dirinya sememangnya hebat..tapi mana lagi penting yer..berbuat baik dgn org sekeliling kita spt jiran2 dan sedara mara atau hanya baik dgn pengikut2 setia blog kita ajer tanpa mempedulikan perkara2 yang lebih penting di alam nyata...

entahlah siapalah saya nak menghakimi manusia..tapi mmg agak terkejut pabila mengetahui hakikat sebenar kehidupan si penulis tidaklah sebaik yang ditulisnya...terutama perhubungannya dgn org disekelilingnya..

mmg sgt2 payah bukan utk kita betul2 mengenali org di alam maya..pulak2 org yg kita ingin jadikan contoh rupa2nya indah kabar dari rupa...alahaiii laa labuuu...


1 comment:

Anonymous said...

kena jadi diri sendiri.. :)

yg pnting niat asal berblog tu tak lari..eceh!