Thursday, January 29, 2009

kembali bersiaran

amboi amboi amboii..kemain byk lagi soklan cepu emas n3 kat bwh tu ehh...ramai yg tak penah tgk eh baby bongsu iteww..meh nak ghoyak..nama baby tu chery2 lady hehe..taklah chery eastar..kira baru lagi ler from china tp enjin mitsubshi jepun tu yg berani amek..klu enjin dr sana jugok tak brp nak konfiden paham2 jer lah kan..kat KB ni pon showroom dia baru jer bukak..on the road mmg takdok lagi..so jd perhatian ramai huahuahuaa..keta biasa jer..bknlahh kategori keta mewah pong;-)

ni ler baru aku bleh bernyawa sket..smlm seharian dok tido..tido..tido dan tido lagi..kerana perutku mmg lah second hand..asal balik kpg jer sakit perut..asal sakit perut jer blk kampung..errkk..itulah dia..kat KL kan dah tak mkn byk sgtkan..saja ler nak ckp yg aku tgh berdiet ler konon2nya kan..bila blk kpg tala serba mak nika kesudahannya pewai perut menggelodak siap demam2 lagi..kul 5 ptg baru elok sket..fuhhh..season sungguh perutku ini..

smlm buat solat hajat sket..dlm sakit2 tu aku sempat gak tolong2 buat bubur lambuk...promo jgn tak promo..so pasni buleh sgt ler buat kat kl plak kan..sori visual tarak oleh krn kamera telah kembali ke tahta asal hukk..bubur lambuk kelate ni mmg sedap lah tak mcm kat kl tu..yg sini punyer siap boh daun2 kayu tu mmg sdp tak muak..emmm..yummmyyy...

oklah nnt aku sambung lagi..anak dara aku nih panas2 pon nak main beskal gak..celik mata beskal b4 tido pon nak naik beskal gak..maklum baru pandai naik yg tarak roda belakang tu..kecoh ler jadinyaaa..





Wednesday, January 28, 2009

berakhirnya satu penantian

setelah berminggu2 menanti..akhirnya "baby bongsu" kami telah pun dilahirkan tpt jam 2 ptg 24 Januari yg lalu sebagai hadiah perkahwinan kami yg ke 8 thn..

sungguh lama rasanyer menunggu ketibaan baby kami ini..berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya terlahir jua ia..

jgn panik yer..baby yg dimaksudkan ialah..tadaaaaaaaaaaaaa..sila lihat visual di bawah:-p




hehehe..saspen ke..bila masa lah akak pregnant dik non oiii..inilah yg aku tunggu dr thn lepas tawww..kiranya dpt awal thn nih sbg hadiah anniversary ler giteww..

tima kaceh diucapkan kpd en.zaim krn susah payah jer kasik hadiah ni ihikss..poyoss :-p aku dok memikirkan camne ler nak parking kat opis nnt nih..sizenyer ala2 besar dr kebiasaan..bila bwk keta ni konpemlah org tau dah beranak pinak aku ni kan..

aper pon keta idaman tuttt tetapp menjadi pojaan hatiku..apa jenisnyer..emm..nntlah..klu aku berjaya memilikinya nescaya akan ku kongsi bersama2 dgn kalian semua ;-) buat masa ni pakai ler dulu keta mpv nih...yg bestnyer keta ni lom ada kat kampung nih..lawak jer tgk org dok tanya..keto gapoo nih..tok penah nampok lagi ke wehhh hukhuk..



Tuesday, January 27, 2009

dah 3 minggu pic ni disimpan

entry tertunggak lagi..pic masa holiday kat The Mines Resort & Spa sempena meraikan ulangtahun Cikton & Pak Ali yg ke 32 tahun pada 11 Januari yg lalu;-)





masa naik bot ke POGH..muka budak ben10 tu monyok sbb tak sabar nak mandi pool..dia marah ler sebok2 nak pusing naik bot..adoila fenin mamat ngan nih..berangin jo..

adik ala2 pengacara untuk majlis resepsi mawi & ekin..masa nknih preparation utk persandingan diorg ler..kitor saja ler tgk2..bkn main lg kenduri diorg kan..



atuk aja yg melayan cucu2nyer..mommy tak brp ada mood nak swimming..

makan mlm kat the chicken rice shop..
sebelum balik posing kat luar the mines soping mall..pic ramai2 tarak dlm kamera aku..ada dkt zubye tp dia tah bilooo nak upload..ni ajer ler dulu ehh...;-)



Monday, January 26, 2009

kecutian

alhamdulillah..setelah 8 jam perjalanan sampai jua ke kampung KB ini..menghilangkan kerisauan ibu mertuaku yg menunggu kami dari siang hingga mlm..tp bila kitorg sampai dlm kul 1 pagi tadi ramai yg dah tido..yg tinggal adik iparku srg jer yg menyambut kepulangan kami sekeluarga huhu..

kali nih kitorg chk in kat rmh noni yakni sebelah rmh mek krn bilik yg selalu kitorg dok tu ada org guna la pulok..x pe lah janji dah selamat sampai kan..

ada menda yg nak aku tunjukkan kat sini..nntlah dulu jap2 lagi..pasni nak gi Melor ada kenduri anak buah nak bertunang..alahai tak tau pon dia nak tunang klu tak boleh ler beli buah tangan aper patut....

dok bercuti ni bleh ler kuar kan bumper isu pasni hehe..tunggguuuu..;-)




Friday, January 23, 2009

bila disuruh mengikut peraturan

lihatlah wajah mereka yg monyok itewwww...masa otw nak gi bday party anak kwnku di taman bukit jalil di hujung thn lepas..

lepas aku snap pic nih diorg kemain lagi ckp.."mommy suka lah tu kitorg kena ikat nih" yerrrr anak²ku mommy sangattttttttttttttt sukaaaaaa..hikhikhik..



Thursday, January 22, 2009

aku bukan nak promosi blog dia ni..cuma nak tau pendapat korang jer

haaa..perkara ni sampai skrg menghantui aku..

smlm aku terbukak blog minah nih(setelah difwd oleh seorg kawan tru emel) yg terang²an menunjukkan kebanggaan dia membela anjing..FYI beliau juga mengaku sebagai seorang muslim..

aku ni bknlah ahli agama dan bknlah jahil sgt pasal agama..klu kita jahil pon berusahalah utk menjadi tidak jahil dan bukan berbangga dengan kejahilan sendiri..

setau aku mmg lah tak salah bela anjing ni..(cthnyer nak jaga kebun ke..) dlm Islam pon kita kena buat baik dgn semua binatang hatta anjing sekalipun..tp yg aku tau ler kan..klu dua² berkeadaan kering bolehlah sentuh..klu dah dijadikan pet kat rmh tu agak² kita boleh ke jamin yg ia sentiasa kering? plg tak tahan bila si penulis ckp..org Melayu kat M'sia ni yg kolot..kat negara timur tengah tu ramai org² Arab yg bela anjing ni..so kpd kengkawan aku yg sdg dan penah menetap di neg² Arab nih tolong bagitau sket mmg ramai ke kat sana yg bela anjing??

yg aku peliknyer dlm blog tu siap tulis ala² Islamic siap soh tunjuk mana² dalil Al-Quran & Hadith yg mengatakan org Islam tak leh bela..lagi satu kemusykilan..kita ni bleh pilih mana² mazhab yg kita nak ke..cedok mazhab ni sket..ikut mazhab tu sket..aku betol² konpius..so kpd kwn² yg arif tu..tolonglah explain..tolong yerr..TQVM..


Wednesday, January 21, 2009

kepada yg masih ragu² utk memboikot sila baca artikel di bwh..

Apakah kesannya sekira kita boikot...

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald's dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco/Carrefour kepada Pasaraya Maidin? ataupun Giant..syarikat tempatankan??

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald's.

McDonald's merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai "bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel." Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald's adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald's menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald's terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald's terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald's akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald's boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel" dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

maka kepada org Islam yg masih byk punya alasan utk tidak memboikot produk² spt ini tepuk dada tanyalah Iman..klu umat Islam bersatu hati..kita pon boleh konker ekonomi dunia..ada yg ckp internet dan komputer sume produk keluaran diorg..oklah boleh diterima hopefully pasni kuar jenama org Islam/tempatan yg buat kita pakat² lah tukar plak ok..buat masa ni pakai jer lah ni dulu..(termasuk blogspot nih hukk) nak boikot produk makanan lah dulu sbb kita ada byk option makanan yg lain kan..semoga usaha kita ni berjaya bukan sekadar hangat² taik ayam atau bahasa omputehnyer hot-hot chicken shit huhuhu...






perkara yg ditakuti telah pun berlaku:(

lbh krg kul 10 mlm td..kedengaran sora memanggil² org dlm rmhku...aku dan anak² yg kebetulan mmg berada kat bwh (al-maklum memalam akak jd cikgu hukk) terus ler meluru kat pintu tgk sora sapakah iteww..

rupe²nye anak² jiran sebelah rmhku..tgh muka sedih seraya bertanya perasan tak sesapa yg msk dlm rmh diorg siang tadi sbb rmh diorg dah kena pecah..gril pintu msk dah dikopak..perompak² tu dah kebas kamera & hp diorg..

aku yg haaa??? terkujut berukss terus mendapatkan maid aku As utk bertanya lbh lanjut samada dia ada perasan sapa² yg mencurigakan siang tadi..

yg lebih memeranjatkan bila As ckp..mmg dlm kul 1 tghari semlm dia ada nampak satu lori dgn 3 org dok berkeliaran kat rmh uncle sebelah..dia ingat org anto pokok bunga sbb dia ngintai gak mmg ada pasu² bunga al maklum diorg bakal sambut CNY..siap mamat² tu bleh senyum² lg kat dia..

adoiilaaaaaaaa...dia pon tak terpk rupe²nye diorg tu perompakk..jahanammm tol lahh..siang² buter buat projek..aku dok imagine diorg panjat gate yg tinggi tu sambil tiada sorang pon jiran² yg perasan sbb majoritinya semua bekerja..aku suspek musti dia dah aim rmh uncle nih lama dah sbb rmh dia mmg lah dah renovate atas bwh..struktur binaan asal rmh mmg dah lain dr rmh lain termasuk rmh aku ler..yg ala² tak brp nak reno tu..pulak² siang mmg tarak sapa kat rmh..isi rumah dh mlm baru sampai..itu mungkin faktor² yg perompak haram tu (merompak mmglah haram..tp aku nak sebutkan perkataan haram tu sori eh) memilih rmh uncle tu sebagai target..

dan kini aku lak yg ala² ngeri..wpun rmh aku tu sempoi jer xbyk brg..tp ttp takutlah kan..paling ditakuti klu ilang 3 bijik tv yg mana 2 drpnya baru jer beli..haha sempat lagi promo:-p..ye la ko..klu gabungkan dah beribu abis tu hukk..adoilaa aku paksa en.zaim pasang selak kat semua pintu..jgn tak tau bhg dapur belakang blom psg gril weh disebabkan org yg diupah tak dtg² memberi pelbagai alasan spt tiada pekerja, tiada lori blabla..padahal duit 500 hengget dh byr..bila mintak pulangkan semula dia ckp brg semua dah beli..tak ke hanginnn jer aku mendengarnyer..grrrr...

kitorg dah ler nak blk kpg CNY nih..yer buat sesapa yg taktau lagi..kpg kami di KB, Kelate eh..sebelah en.zaim ler..klu blk sana tak sah klu tak sampai seminggu..adoilaaa..bila dh jadi camni mmg menggerunkan ler pulok..kerisauan..

smlm ramai org dtg rmh uncle tu termasuklah pengerusi persatuan penduduk..nampaknyer pasni kenalah byr extra utk keselamatan..aku ok jer janji kawasan kejiranan selamat dr anasir² yg x berhati perut mcm diorg tuu..eee..geram tol...


Sunday, January 18, 2009

Lapan Tahun sudehhh...

hari ini 18 Januari 2009, genaplah usia perkahwinanku yg ke 8..sungguh cepat masa berlalu..aku pon mcm tak percaya jer..diam tak diam dah ada anak dua orang..aku bersyukur dgn segala yg ada kini..tekadku utk menjadi isteri dan ibu yg terbaik buat mereka..InsyaAllah..

ni lah gamba waktu kami diijab kabulkan...lapan tahun yg lalu..aku terkenanggg hukkk...:-p

ni plak waktu bersanding diadakan 3 hari selepas nikah..maknanya 21 Jan 2001. haaa gelak2 paham2lah pic dolu2..ala2 statik jer kan..

tu je lah gamba yg aku ada..yg lain byk tp tak scan lah pulok...tak laratlah byk wehh..

di saat2 melepak di gombak ini..aku terpk2 gak aperlah jenis hadiah anniversary yg bakal aku dpt thn ni kan..dgr citer mcm nak dpt tuttttt jerr hehe..takleh ckp lagi dh dpt nnt baru aku kasik tau yer..kotlah dptkan..klu tak redhaa jer lah kikiki..yoyoor jer..

apapun aku gembira dgn aper yg kami perolehi kini..semoga thn ini rezeki kami bertambah murah..dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yg baik..aku berharap kami dpt mendidik anak2 dgn sebaik mungkin..hanya ilmu sahajalah harta yg paling berharga..semoga tercapai hendaknya segala cita-citanya..




Saturday, January 17, 2009

UPDATE

Alhamdulillah..berkat doa semua..CikTon dah kuar dr pusrawi tghari tadi..aku gi amek ibu kat spital bersama2 dgn anak2 dan maid aku..en.zaim xdpt join krn tuntutan tugas..

skrg ibu ada kat rmh gombak..tgh berehat wpun masih terasa pening2 lalat lg maklumlah tadi kena amek darah lagi..rasa pitam2 still adalahh kan..bdn pon still lemah lg tp yg pasti semua dh kembali normal..

terima kasih kepada kengkawan yg mendoakan kesihatan CikTon..semoga Allah memberkati kita semua InsyaAllah...



Friday, January 16, 2009

kita hanya mampu merancang Allah yg menentukan

wahhh..tajuk tak agakkan ;-) ye lah bersamaan post aku yg ke 100 nih..tak disangka topiknya sedemikian rupe..

smlm tghari CikTon telah ditahan di wad PUSRAWI setelah beberapa kali percubaan pergi ke hosp. kerajaan yg hanya amek darah tp tak tahan utk masukkan air ke ape ke..atas alasan wad penuh manjang..mabe betollah mcm ada salah srg kwn aku ckp..kat situu klu kita dah nazak baru depa kasik msk.. aiyaakkkk..jgnlah gitu..

skrg cikton sdg berehat² lah kat spital lak sambil dimasukkan air dan ubat..senang gak dia msk sini sbb dkt jer ngan opis aku..so tghari kang aku leh jln kaki jer gi tgk dia..keadaan ibu tak serius pon..biasalah klu kena denggi nih takde ubat cuma msk berbotol² air jer..

hopefully ibu cpt sembuh..hadiah ulangtahun perkahwinan thn ni dgn mendapat demam denggi hukhuk..itulah namanya kita hanya merancang Allah tentukan segalanyaaa..



Thursday, January 15, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

rasa terpanggil nak tulis psl menda nih utk kita sama² berfikir....betapa pentingnya ILMU utk kesejahteraan di dunia dan kesenangan di akhirat kelak..

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (sila rujuk powerful jews) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

*sumber drp Utusan Online



Monday, January 12, 2009

lain pula yg dpt..

spt yg korang tau..sabtu lepas akukan chk in kan cik ton & pak ali kat hotel mines tuu..smlm dengan tidak semena² cik ton tetiba jatuh sakit :( pagi² dia dah sms aku mengatakan dia demam soh dtg hotel cepat..

aku pon lps mandi terus gi kedai beli sarapan..lps mkn, terus ke hotel..tgk² dia dah bersiap utk dibawa ke klinik..adik aku lala yg gi bwk terus ke Hosp. Serdang sementara aku setelkan hal² di hotel..bdk² tu msh bz mandi kat pool..dah setel semua, dlm kul 11.45 kitorg pegi tgk ibu kat spital tu..

sampai² sana tgk org bleh thn ramai..tp bilik utk pemeriksaan hanyalah ada 4 sahaja..giliran cikton lg 5 org tp yarabiii lambatnyer wehh..cikton dah tak tahan..aku soh lala jumpa peg. kat situ kasik tau ibu dah tak larat sgt..yelah cuba bygkan dia tiba² demam pastu bengkak kaki tangan tiba² ok..manalah tak risaukan..aku mula ler ingat demam chiku jer..

tp lepas diperiksa doc kata bkn demam chiku..hanya jangkitan disebabkan virus..diorg kasik ubat dan boleh blk..aku pon mcm ala² tak brp nak percaya tp takpelah aku soh adik aku bwk ibu blk rmh aku sbb aku mskkan sup ketam ijau..ada kwn aku ckp demam gitu penawarnya sup ketam..

ni masa ibu kat spital mmg dah tak larat jln..tp bila adik aku dah urut² dia kat rmh aku..dan mkn nasik ngan lauk sup tu..dah bleh ler jln sket..dlm kul 6 diorg blk gombak semula..pak ali ckp dok rmh sana je sbb adik aku yg lelaki Ein ada kat rmh so dia bleh jaga ibu..

hopefully ari nih cikton dah baik sket..ubt sekadar painkiller jer..skrg tunggu keputusan ujian darah jer..moga² bkn penyakit serius..

gambar² cuti nnt aku post eh..mmg ler tak sangka..setelah epi² sambut ulangtahun perkahwinan tetiba plak ibu sakit..mmg ler sadis sket..hukkk..semoga ibu cepat sembuh..

p/s: baru lepas call gombak..pak ali ckp nak bwk cikton ke HKL sbb kulit ibu dah ditumbuhi bintik² alahaiiii...tghari ni aku kena jadi supir lg gi amek arash ngan en.zaim dr skool..emm..hopefully ptg kang bleh ler gi tgk cik ton..

UPDATE : doc. kat HKL suspek ibu kena denggi..bacaan darah kurang 200..so pasni dia tetiap ari kena gi chk darah..




yela yela..aku tunjuklahh...

setelah agak lama aku simpan..oklah ari nih aku tunjuklahhh..kpd yg ternanti2kan produk kecantikan yg aku war2kan dulu..silalah klik kat sini :-)


EUMORA MIRACLE BAR

Friday, January 9, 2009

selamat berhujung minggu

actually ari nih aku amek half day..tghari td kuar gi amek arash ngan en.zaim blk skool..(keta en.zaim ada problem sket ) dkt 45 min gak lah baru sampai sek. diorg sbb jem yg terok..pulak2 cuaca teramat panas..adoiyaii kapla aku pon dah naik pening..sampai jer rmh rasa mcm ala2 tak larat nak patah blk ofis..sebenarnyer mggu ni aku mmg tak brp nak sihat..sbb selsema msk opis jer sure rasa nak demam je..so aku terus sms bos mintak cuti..hukk..

aper planning cuti ujung mggu nih..aku dah buat booking kat hotel kat Palace Beach & Spa Resort dkt ngan rmh aku ni jer..area the mines tu sebelah dgn palace of golden horses tpt mawi ngan ekin nak sanding ahad ni..tak kosa den..:-p

actually semlm 8 Jan 2009 adalah anniversary Cik Ton & Pak Ali yg ke 32 thn..adehh itulah juga umur aku bln oktober nnt..dah tuo den..huhu..kitorg adik badik kiranya nak kasik hadiah ler..tu yg aku booking hotel tu yg telah disuggestkan oleh Lala adik aku..dan nak kasik diorg msk spa bleh massage aromaterapi skali..1st time cikton msk spa nnt..ihikss..

so kitorg ingt esok nak buat lawatan segerombolan ler sambut ulangthn diorg..pegi mkn2 dinner mlm esok..memula ingat nak wat surprise kasik candle light dinner ke..tp CikTon lebih prefer gi mkn kat kedai2 biasa jer ok gak tu..save lg bajet hik2 terokkan..

oklah nnt aku upload pic kat sana..tak sabar lak rasanye..bleh ler kitorg tompang2 mandi kat pantai buatannya iteww..aku ajak adik2 aku tido rmh aku esok mlm..arash & adelia pon dah excited bila dgr sepupu diorg nak tido sini esok..besttnyer tak sabar denn

btw SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE 32 THN IBU & BABAH..


aksi pelbagai si adik

ok ari ni kita dgr kisah si adik la pulok eh..Isnin lepas aku gi antar adelia gi kindy dia yg terletak 2 km jer dr rmh kitorg..orientasi week nih start kul 8.30-10.30am. start nxt week 8.30am-12 noon. ari pertama mommynye lah yg antar kan..

memula sampai mcm epi jer kann..ye lahh bergaya ngan baju baruuu..

siap posing kat tepi pintuuu lagii..

haaaa time ni dah start buat muka..teacher dia letak kat sini dulu utk orientasi..mggu dpn baru dok tpt betol²..

tengok² dia dah start dah..cuak jer mukanya aku nengok..time ni teacher tgh nak kasik kertas utk dia mengaler²..

oklahhh dia nak gak kaler² wpun tak habis sepenuhnya..bila aku tanya kenapa adik tak kaler hbs..dia bleh jwp adik penatlah mommy..

lps hbs kaler² tu..teacher soh dok luar nih..pastu nyanyi² lagu sek. dia ngan lagu² Q-dees tu laaa..adelia join kejap jer..pastuuuuuu...

tgklahh aksi keras di tepi pintuuu...wat hal lah pulokkk..adelia ni lain mcm sket angin kus² dia tu..klu tak suka..nangis mengalir air mata tanpa sora..berserta postur badan yg mengeras blehh...dia nak keluar ok..masa aku tgh on the phone ngan en zaim..tak sedar dia dah pakai kasut nak kuar..

dia nak main kat sini lah..dia kata adik malas dok dlm tak best..adik nak main jer..

wahhh bila main bkn main epi lg dia ehh..adoilaaa maknye urut dada jer lah..tgk gelagat anak 1st time gi kindy nih..

ari kedua dia kena naik van neighbour aku yg gi htr dan jemput..kisahnyer lain plak..dia tak mo naik..sampai maid aku sms ckp adelia takmo gi skool..bila aku kol kat rmh tnya kenapa tak mo pegi dia jwp ape tau..

mommy ckp adik naik van tp yg dtg td tu keta..tu adik tak mo pegi tu..adoilaaa..tak pasal aku soh maid aku gi htr kat rmh transporter tu soh dia anta gak..dgn maid² aku skali naik htr dia sampai skool..

td aku kol rmh..maid aku ckp dia nangis gak pg td tak mo pegi..maid aku ikut lg skali htr..alahaiii sampai bila lah nk camni ehhh..

time arash dulu..pagi² mmg aku yg gi antar..maklum rmh dulu dkt sket ngan opis so bleh kuar lambat..time adelia plak..dah dok rmh baru..so jauh sket dr opis aku kena kuar awal..7.15 dh kuar..takkan nak anto dia pepagi buter sgt kan..alahaii..nntlah kena pk solution baru..idea blom marii lagi..hukkkk..

sebenarnyakan anak² aku ni klu memula msk kindy mmg gitulah perangainya..si abg dulu pon sama dkt sebulan lebih gak ler menangis jer bila sampai skool huhu..nak kata ikut perangai aku mcm tak mungkin..aku tak penah nangis weh kat sek. dulu..haaa ni musti ikut en.zaim ni hekhekhek...


Thursday, January 8, 2009

ke sekolah agama pula

ni plak kisah arash ke sek. agama sesi petang..cuba tgk muka dia bila soh pegi sek. mencuka jer kan..sbb time ni dia dah ngantuk..ye lah baru blk skool pagi..kena mandi + makan semua pastu tetiba kena gi skool lagi..time² camni mmg time landing baikkk punyer kat rmh..sek. dia start 2.30-5.30 ptg


ni kat tangga pintu msk sek. dia..santekk jer aku rasa..kaler pink lagiiii..

dia kena dok kat atas..tak mcm masa orientasi mggu lepas dok bwh...bilik besar sket..yg ni kena plak dok kat kelas reserve utk tadika ni..

tengokkk tuuu muka arashh..muka org ngantoksss tak hengatt..sian abg ehh..

alahaiii..camne lah dia nak nulis ni eh..dah ler antara yg bersaiz besar dlm kelas hukkk..

muka dah ceria..sbb dah petang time nak blk dahh..

masa ni hati sangat sayuuu..rasa mcm nak nangis..tp ku kontrol juaa..ye laa bila nampak dia solat asar berjemaah nih..mmg sayu sgt²..tak sangka pandai dia solat wpun bacaan tu ikut² org jer aku pasti lama² mesti dia pandai..insyaAllah..

ok siap² kemas nak blk dahhh..amboiii sukaaaa korang eh..oh ya..kelas dia tak ramai student.. ada 16 org jer utk sesi ptg..tp sesi pagi ramai wooo..maklum kebanyakan sek. keb. kat area situ drjh 1 nyer sesi ptg so depa mai sek agama pagi..lupa lak nk citer..arash pagi² gi sek. ngan daddy dia..sek. dia ni sebelah jer sek. daddy dia tu..yerr..dia adalah anak seorg guru yer puan² & tuan² ;-) apapun ini juga situasi yg sgt aku suka bila tak ramai student..tu pasal arash kena dok kat atas nih..

beratur dulu yer anak² murid..kat sek agama ni..ustaz ngan ustazah dia suka panggil Ezzeriq tp diorg sebut Izriq hehe..nama penuh anak aku ni Arash Ezzeriq b. Rozaim ;-)

dah dpt kwn baru..actually start thn ni darjah 1 kena pakai sampin purple tu..tp mabe parents bdk ni dah beli awal² sampin ijau dia pakai jer lah..mcm aku mmg nak recce² dulu sek. agama yg elok tu yg tak beli lg..bila dah reg. baru tau kaler ape..so beli jer lah kat sek. dia tu..

apapun skrg aku epi bila tgk dia dah boleh berdikari..bgn pagi pon dah tak ngamuk² mcm dia tadika dulu..satu perkembangan yg sgt² positif..semoga berterusan sampai bila² ye bangg..





pertama kali ke sekolah

aku tau pastinya ramai ibubapa yg amek cuti ari Isnin lepaskan..maklumlah ada yg nak htr anak yg pertama kali ke sekolah mcm anak aku gak lahh..cptnye masa berlalu..rasa mcm baru smlm arash ni baby lagi dgn pipi ngan bdnnya yg debab ituu..

ni nak citer sket lah psl pengalaman pertama aku htr diorg ke skool nih..pagi isnin tu arash gi ngan daddy dia..sementara aku gi antar adelia ke sek. tadika dia dulu..oleh krn mggu ni adalah mggu orientasi, adelia blk kul 10.30..(kisah dia nxt entry ok) pastu kitorg pon gi ler tgk abg dia apa lah citernye pulak kan..

inilah keadaan di luar bilik darjah masa aku sampai tu..kelas arash yg kat dpn ni laa..tgk tarak parents pon yg bersidai kat luar kan..tak mcm kelas yg ujung tu..sampai ada parents yg duduk skali dlm kelas tgk anak belajar..alahaiiii..klu u tnya i..i rasa tak perlulah sampai camtu kan..sbb budak² ni bila tgk kita ada tu yg lagi mengada² setujuuu tak..klu tak setuju tak dapek den nak nolong nyooo..pokok pangkal kita lah yg memainkan peranan utama gitewww..

masa ni dia tak perasan aku dah sampai dan amek gambar dia..wahhh mcm tekun jer dia kann..

ni laa suasana kelas dia..lega aku tgk tak sesak siap ada tpt yg kosong lg..sek. dia ni ada 4 kelas je satu sesi jer plak tuuu..heaven jer rasa..nak kata sek. baru tak gak..rasanya mmg sek. ni tak mo amek student ramai² kot..aku pon tak pasti..yg pastinya aku mmg gembira dgn situasi ini..

haaa..mengintai dia kat celah tingkap..baru dia perasan ;-)

pandai pulak dia mengaler..masa kat tadika dulu..dibantainya klu kaler biru..abih bdn org dr kepala sampai kaki biruu..

masa ni adik dah msk enterprem jd pengawas kejap..

yg ni aku tak berapa nak syok..tgklah kerusi dia tu..dah patah belakang tu camne nak sandar abg oii..tp aku dah gantikan ngan kusi yg elok kat belakang tu..legaaa sket..

kemain suka abg yer mentang² dah nak balik..jgn amalkan selalu mata camtu..nnt terus tak leh pandang straight nayaa bang oii..


yeyeyeye..dah balikkkk....itu ler antara pengalaman dia kat sek. utk kali pertamanya..dia tak nangis pon..ari ni dah msk ari ke 4..smlm daddy dia dtg tgk waktu rehat ..dia soh daddy dia blk..kemain lagi yer..dah syok dpt kawan ramai lah katakan...





Monday, January 5, 2009

Arash's surprised bday party

alhamdulillah..setelah merancang selama 2 minggu bday party arash yg mmg sengaja aku kasik surprise pd dia berjaya juga akhirnya..jgn tak tau dkt seminggu gak ler dia bebel kenapa tarak kek tak selebret bday dia pon..aku wat dekk je semata2 utk memastikan perancangan surprise ini berjaya diadakan di KFC, Jln Kuchai Lama..wpun dia baru jer capai umur 6 thn tp dah start darjah 1..maklumlah dia lahir ujung thn betol 30 Disember 2002.

jom lah layan gambar2 di bwh..aku mcm penin2 lalat nak buat stori nihh..maklum baru lepas upload pic bday dia dlm flickr tu..fuhhh...

yerr aku tauu korang musti kata lawo kan tshirt nih hik2 perasan kan..tp mmg lawa wehh klu tgk dkt2 mmg kemas sgt jahitannya..klu korang berkenan bleh ler tempah kat sini

ni ler sepupu diorg yg cheeky..geram kan tgk gelagat budak ni..







percaya tak..ini jer laaa pic kek yg sempat diamek akibat tukang amek gambo nyer terlampau asyik mengambil pic bdk2 jer huhu..takpelah janji nampak gak kan..

epi bday to arashh..epi bday to uuuuuuuu...

hadiah drp chicky

perasan tak adelia takde..haaa..dia takut ngan menda alah ni..terus bad mood pastu hukk..
haaa..lihattt..inilahh buktinyaaaa..kikiki..

gambar ngan kengkawan yg dtg..


happening tau game utk bdk2 nih..bestt bestt...

haaa ni lakkk game utk org dewasa...satu je ler kat sini space agak limited..tp ape pon mmg kita enjoyyyyyyy...

bergambar kenangan dgn keluargaku yg dpt hadir..nenek ngan atuk tak dpt joint di atas sbb2 yg tak dpt dielakkan hukk..

kita amek pic outdoor plakk..


blk rmh tak sabar nak bukak hadiah..posing dulu sebelum bukak..

ni lah dia antara brg2 yg dia dpt..kemain epi lagi dia tauuu...

antara brg feveret dia..ape lagi baju ben10 laaa...tq to auntie wansu sekeluarga yer ;-)


buku ni sungguh baguss...baca sebelum tido..


itu ler serba ringkas story bday dia semalam..buat pertama kalinya arash enjoy partynya kali ni tak mcm bday party dia dulu2 musti ada je mood swing dia dtg..mabe sbb dia dah besar dan bertambah matang..aku pon sgt epi tgk dia senyum je gelak ketawa..tima kasih diucapkan kpd tetamu yg sudi hadir..dan maaf dipinta sekiranya ada kekurangan..hopefully diorg kenyang ler hendaknyer huhu..yg pasti anak2 semua enjoyyyy...

oleh kerana aku tak larat nak bukak mata dah..sesapa yg nak tgk lagi gambar2 happening yg adik aku zubye amekkan...mai ler tgk flickr aku ni..enjoyyyyyy..jgn sampai muntah udah ler :-p