sekali lagi nak cerita tentang perjalanan penyusuan secara eksklusif utk anak ketigaku si debot Anees Marissa..terus terang aku katakan..aku mendapat semangat dan kekuatan mental utk menyusukan anakku kali ini apabila membaca blog2 dan websites mengenai breastfeeding ini..aku sgt kagum dgn semangat ibu2 muda skrg ni..kebanyakan yg komited utk ebf baby mereka berusia 20an..aku yg dh 30 karatz ni barulah dpt kesedaran...
betulll..nak menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif memangg memerlukan sokongan yg x berbelah bagi daripada suami dan keluarga terdekat..mcm kes aku ni..alhamdulillah..suami mengikut sahaja apabila aku menyuarakan isi hati utk menyusukan anees klu boleh sampai 2 tahun..apabila aku meminta en.zaim membelikan pam elektrik spectra3 (berdasarkan rekomen dari kengkawan saya memilih utk menggunakan pam ini) beliau terus bersetuju dan kami pon terus gi butik fabulous mom kat puchong tu..senang sket shoping nampak brg2nyer..wpun aku dok shop online dlm pantang ari tu..ada jer parcel poslaju yg singgah ke rmh ;-) terima kasih tak terhingga wahai suamiku cayanggg :-p
lagi satu cabaran plak bila org tuaku yg kerap mengatakan susu kita ni x cukup utk baby..mesti kena top up dgn formula..emm..saat ni lah agak menyedihkan..yer laa..klu nak argue lebih2 mereka lebih mkn garam..anak pon ramai..mcm kita ni aper lah sgt kan..nak tak nak aku turutkan juga asakan cikton yg menyuruh en.zaim belikan susu formula..dlm kerterpaksaan aku bagi jugak anees susu tu..abis gak la dlm setin dua..ohh sgt kesal kerana tidak tegas dlm hal ini..
:-(
tetapii..aku seperti mendapat kekuatan semula apabila dah tamat waktu pantang..aku mencari2 petua membanyakkan susu dalam internet..dlm hati berdetik..kenapalah aku x carik semua info masa mengandung lagii..ntahlah aku pon x tau..mungkin kerana aku tidak menjangkakan kehamilan itu dan tidak terasa teruja pon..masa tu laaa..skrg aku lak yg over :-p bila dah google2 info tu..barulah ku tahu mcm mana nak pam, buat ebm dgn betul..cara bekalkan kpd bbs..dan mcm2 info baru yg aku jumpa..barulah aku jadi excited dan tu lah terus mintak en.zaim belikan pam..pelaburan jangka pjg katanya..
terkini..cabaran yang palinggg hebat aku rasakan ialah pabila anakku ini disahkan doktor mengidap ekzema..masalah kulit yg disebabkan darah..ia penyakit keturunan..aku tak nafikan itu kerana aku sendiri akan alergik apabila memakan makanan yg tidak lagi fresh..mulalah bengkak2 muka dan gatal2 kulit..itulah yg berlaku pada simanjaku itu bila aku makan ayam, daging dan makanan2 laut yg lain..ohh sadisnyaa bila mengenangkan yg aku terpaksa melawan nafsu daripada memakan menda2 tu semua..tapi demi anak tercinta aku sanggup...tak sanggup pula aku lihat badan dan wajahnya yg menjadi merah2 bila aku tersalah mkn..kesian sungguhhh kulihatnyaa..tapi kadang2 terbabas jugak mkn tu..cabaran plg berat aku rasalah hukk :-( dan aku rasa inilah salah satu yg menyebabkan penyusuan eksklusif tidak dpt dijayakan sekiranya si ibu tidak kuat mental dan fizikalnya..setuju takkk...??